POLISI AHLI MEXBLU
Bagi tujuan polisi ini, istilah-istilah berikut bermaksud:
a) ‘AHLI MEXBLU’ bermaksud ahli yang berdaftar secara sah bagi menjalankan aktiviti pemasaran serta penjualan produk-produk jenama MEXBLU.
b) ‘HQ’ bermaksud ibu pejabat bagi menjalankan operasi utama MAGIC BLUE.
c) ‘MEXBLU’ adalah jenama yang mewakili Syarikat MAGIC BLUE HOLDING SDN. BHD. serta sub jenama dan jenama-jenama yang bersekutu dengannya.
TERMA DAN SYARAT
A. PRINSIP POLISI
1. Pihak HQ berhak mendapatkan maklumat lengkap tentang latar belakang semua AHLI MEXBLU melalui kaedah pengisian borang secara digital.
2. Semua AHLI MEXBLU dikehendaki berkelakuan jujur dan baik serta tidak terlibat dalam perilaku yang mengelirukan dan menipu semasa membuat jualan bagi meraih keuntungan besar sehingga mengakibtkan kerugian atau kerosakan kepada pihak lain.
3. Semua AHLI MEXBLU perlu berpengetahuan dan faham dengan produk-produk di bawah jenama MEXBLU.
B. PERTUKARAN POLISI, TERMA DAN SYARAT KONTRAK
HQ berhak mengubah mana-mana terma dan syarat dalam perjanjian dan segala perubahan atau pindaan yang dibuat akan dimaklumkan kepada AHLI MEXBLU melalui platform yang disediakan oleh HQ MAGIC BLUE seperti channel telegram MAGIC BLUE dan sistem MAGIC BLUE.
C. PENDAFTARAN AHLI
Yuran pendaftaran bagi AHLI MEXBLU berjumlah RM35.
D. PEMBELIAN, PENGHANTARAN DAN PERTUKARAN BARANG
1. Perlu diingatkan bahawa setiap pembelian oleh AHLI MEXBLU adalah tanggungjawab sendiri. Pihak HQ tidak akan meluluskan proses penggantian barangan atas faktor-faktor kecuaian daripada pihak AHLI MEXBLU.
2. Antara kategori kecuaian yang dimaksudkan termasuklah:
a) Pembelian pukal yang dibuat tanpa merancang terlebih dahulu sehingga produk tamat tempoh.
b) Pembelian produk dengan jumlah yang sedikit tetapi diperam dalam tempoh-tempoh tertentu. Produk tersebut kemudiannya dibuat aduan dan dituntut sebagai ganti rugi oleh AHLI MEXBLU disebabkan oleh barang tersebut telah sampai tarikh tamat tempoh.
c) Produk terdedah dalam keadaan banjir atau sebarang keadaan yang telah diberikan amaran oleh pihak Syarikat atau media massa sehingga mengakibatkan kerugian kepada AHLI MEXBLU.
Contoh: Banjir yang sedia maklum akan berlaku setiap tahun, produk yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari, risiko kecurian akibat mendedahkan produk tersebut tanpa pengawasan dan lain-lain lagi yang difikirkan logik dan relevan.
d) Kesilapan membuat pesanan TIDAK akan diterima. Sebarang pembayaran balik produk yang dipesan dalam sistem tidak akan dilayan sama sekali kerana melibatkan kecuaian AHLI MEXBLU. Pertukaran produk juga TIDAK akan dibuat sekiranya berpunca daripada kecuaian AHLI MEXBLU semasa pembelian.
3. AHLI MEXBLU dinasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu jenis produk, jumlah dan alamat penerima (sekiranya pos) sebelum membuat pembayaran di dalam sistem bagi mengelakkan kerugian kepada AHLI MEXBLU.
4. Pihak HQ hanya akan menggantikan produk yang disebabkan oleh kesilapan daripada pihak HQ, courier atau kilang. Kesilapan yang jelas tanpa prejudis adalah seperti berikut:
1) Produk yang diterima tidak sama seperti pesanan yang telah dibuat oleh pihak AHLI MEXBLU seperti:
a. Bilangan produk atau item yang diterima terlebih, tidak mencukupi atau tertukar.
i. Bagi AHLI MEXBLU yang menerima bilangan produk yang melebihi bilangan pesanan, HQ akan memberi pilihan sama ada ingin hantar semula produk tersebut kepada HQ dan kos pos akan ditanggung oleh HQ atau ambil produk tersebut dan buat pembelian dalam sistem.
ii. Bagi AHLI MEXBLU yang menerima produk yang tidak mencukupi, boleh membuat tuntutan dengan pihak HQ.
iii. Untuk item atau produk yang tertukar, AHLI MEXBLU diberi pilihan untuk beli dalam sistem atau pos semula produk yang HQ tersalah hantar dan boleh tuntut semula produk yang tidak diterima.
b. Kuantiti isi kandungan produk yang tidak sama.
c. Menerima produk yang sudah tamat tempoh.
d. Produk atau item yang diterima mengalami kerosakan seperti kemek, bocor, rosak percetakan atau kecacatan dari produk.
Sebarang masalah diatas hendaklah dimaklumkan kepada bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi HQ di talian 011-10213883 dalam tempoh tiga (3) hari bekerja (tidak termasuk hari cuti) selepas barang diterima beserta bukti kerosakan atau masalah produk dalam bentuk gambar dan video unboxing, gambar slip pos serta nombor pesanan. Video semasa “unboxing” adalah WAJIB dan sekiranya tiada, pihak HQ tidak akan melayan tuntutan tersebut.
2) Produk atau item yang masuk angin.
a. Produk yang sudah masuk angin semasa baru buka dibenarkan untuk membuat penggantian.
b. Tempoh yang dibenarkan untuk membuat tuntutan pemulangan atau penggantian produk atau item yang masuk angin adalah TIDAK melebihi 5 bulan dari tarikh pembelian atau urus pesanan dibuat.
c. AHLI MEXBLU perlu hubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi HQ di talian 011-10213883 untuk tuntutan dan perlu sertakan sekali gambar dan video produk, tarikh tamat tempoh dan nombor pesanan dalam sistem.
d. AHLI MEXBLU perlu pos semula produk yang masuk angin tersebut dan kos pos akan ditanggung oleh pihak HQ.
3) Sekiranya pembelian telah melebihi tempoh seperti yang dinyatakan di atas, pihak HQ berhak untuk menolak tuntutan tersebut.
4) AHLI MEXBLU hanya boleh tuntut bagi pembelian yang dibuat secara langsung dengan HQ Sahaja. HQ tidak akan mengganti semula mana-mana produk rosak yang dibeli sesama AHLI MEXBLU.
5. Sekiranya AHLI MEXBLU tidak menerima produk dalam tempoh tujuh (7) hari (semenanjung) dan lima belas (15) hari (Sabah Sarawak) selepas tarikh pengeposan, segera maklumkan kepada bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi di talian 011-10213883.
6. Bagi AHLI MEXBLU yang memerlukan penghantaran pesanan terus ke rumah bagi kawasan berdekatan HQ, caj penghantaran kepada runner Syarikat adalah mengikut jarak HQ kepada alamat penerima seperti berikut:
0.1 km – 10.0 km : RM 5.00
10.1 km – 15.0 km : RM 7.00
15.1 km – 25.0 km : RM 10.00
Bagi jarak yang melebihi 25 km, AHLI MEXBLU perlu menggunakan penghantaran melalui kurier Poslaju atau J&T.
7. Pembelian produk hanya diterima melalui sistem sahaja (online banking).
8. Jika berlaku sebarang masalah semasa pembayaran, AHLI MEXBLU perlu segera menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem di talian 011-65581255.
9. AHLI MEXBLU tidak dibenarkan untuk kumpul pesanan untuk dijadikan satu pos. Pihak HQ hanya akan pos mengikut slip pesanan.
10. Bagi bungkusan yang return ke HQ, AHLI MEXBLU perlu membuat bayaran bagi caj untuk pos semula bungkusan tersebut sekiranya didapati return kerana kesalahan AHLI MEXBLU sendiri.
11. Sekiranya AHLI MEXBLU tidak memberi maklum balas bagi memudahkan urusan pihak HQ pos semula produk dalam tempoh 3 bulan (dari tarikh bungkusan sampai di HQ), produk tersebut akan dimasukkan semula di dalam sistem.
E. PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN.
1. AHLI MEXBLU dibenarkan memasar produk pada mana-mana platform.
2. AHLI MEXBLU atau wakil jualan wajib mematuhi harga jualan runcit yang ditetapkan oleh HQ. Sekiranya AHLI MEXBLU atau wakil jualan didapati melanggar syarat pematuhan harga, HQ akan mengambil tindakan melucutkan keahlian AHLI MEXBLU / wakil jualan tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan.
F. DISIPLIN DAN SALAH LAKU
1. Semua AHLI MEXBLU perlu menjaga nama baik produk di bawah Syarikat MAGIC BLUE dan sentiasa memberi bantuan kepada pelanggan tentang cara penggunaan produk dengan betul tanpa merosakkan nama baik produk.
2. AHLI MEXBLU juga tidak dibenarkan overclaim khasiat produk MEXBLU.
3. AHLI MEXBLU dilarang mencipta testimoni palsu.
4. AHLI MEXBLU dilarang menggunakan (nama / perkataan) HQ dan OFFICIAL di semua media sosial peribadi, page atau website.
5. AHLI MEXBLU perlu memastikan sebarang iklan yang digunakan perlu menutup aurat.
G. INSENTIF
1. Semua insentif bergantung kepada pencapaian jualan dan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak HQ.
2. Pihak HQ berhak meminda, mengubah, menukar atau menamatkan insentif ini pada bila-bila masa.
3. Pihak HQ akan membatalkan insentif bagi AHLI MEXBLU yang melanggar atau disyaki melanggar perjanjian atau terma dan syarat yang telah ditetapkan.
4. Bagi insentif yang perlu dituntut tetapi tidak dituntut dalam tempoh yang diberikan, insentif tersebut dikira terbatal dan tidak akan diberi kepada AHLI MEXBLU.
5. Antara insentif yang disediakan oleh HQ adalah :
1) BONUS
a. Syarat minimum untuk mendapatkan bonus, AHLI MEXBLU perlu mencapai :
Belian Individu : 20PV
Belian Kumpulan : 150PV
b. Bonus dibahagikan kepada dua:
1. Bonus Performance 25%.
2. Bonus Leadership 25%.
c. HQ akan membuat pembayaran bonus bermula dari 15hb sehingga selesai pembayaran sampai akhir bulan.
d. Bagi mengelakkan masalah bonus tidak masuk, AHLI MEXBLU perlu memastikan penama akaun bank dan nama penuh dalam maklumat peribadi di dalam sistem adalah sama.
e. Jika penama akaun bank tidak sama dengan kad pengenalan yang didaftarkan dalam sistem atau mengalami sebarang masalah berkaitan, boleh segera menghubungi bahagian Hotline Akauntan di talian 011-65573255.
f. Sekiranya AHLI MEXBLU tidak menerima bonus dalam tempoh sebulan selepas bulan pembayaran (dalam masa 1 bulan) sila hubungi bahagian Hotline Akauntan di talian 011-65573255.
2) KHAIRAT KEMATIAN
a. Jumlah insentif bagi khairat kematian adalah sebanyak RM500.
b. Rekod pembelian AHLI MEXBLU perlu aktif sekurang-kurangnya dalam tempoh lima bulan sebelum tarikh kematian.
c. Leader perlu menghubungi waris bagi membolehkan pihak waris membuat tuntutan insentif ini melalui HQ.
d. Bagi mendapatkan insentif ini, pihak HQ hanya menerima nombor akaun dari pasangan, ibu bapa atau anak AHLI MEXBLU tersebut sahaja dan perlu sertakan salinan sijil kematian sebagai bukti.
e. Waris hanya boleh membuat tuntutan dalam tempoh sebulan selepas tarikh kematian.
f. Waris boleh menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem HQ MAGIC BLUE di talian 011-65581255 untuk mendapatkan insentif ini.
3) VOUCHER BIRTHDAY
- Akan dimaklumkan kemudian.
H. MEMBEKAL KEPADA AHLI MEXBLU ATAU WAKIL YANG TIDAK SAH
1. Kos penghantaran produk perlu ditanggung oleh AHLI MEXBLU sendiri.
2. AHLI MEXBLU yang membekalkan produk MEXBLU kepada mana-mana AHLI MEXBLU lain / wakil jualan, wajib memastikan pihak tersebut mematuhi harga jualan runcit yang telah ditetapkan oleh HQ. Sekiranya didapati main harga, ID AHLI MEXBLU yang membekalkan produk tersebut akan dilucutkan.
I. PELUCUTAN SEBAGAI AHLI MEXBLU
1. Sekiranya berlaku pelucutan status AHLI MEXBLU, pihak pengurusan TIDAK akan membeli semula semua produk dalam simpanan, sebaliknya pihak AHLI MEXBLU perlu bertanggungjawab atas produk atau barangan tersebut.
2. HQ berhak untuk menamatkan keahlian AHLI MEXBLU yang melanggar mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan.
3. Sekiranya AHLI MEXBLU dilucutkan keahlian, secara langsung bonus atau mana-mana insentif lain juga terbatal.
J. PEMBAHARUAN AKAUN BEKU
1. Akaun AHLI MEXBLU akan beku sekiranya tidak membuat pembelian melalui sistem dalam tempoh 12 bulan. AHLI MEXBLU disarankan untuk membuat pembelian secara terus di dalam sistem menggunakan ID sendiri daripada membuat pemindahan nilai belian bagi mengelakkan akaun beku.
2. Pembayaran bagi pengaktifan semula ID ejen beku adalah sebanyak RM35.00.
3. Sila hubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem di talian 011-65581255 untuk urusan pengaktifan semula ID AHLI MEXBLU.
K. PERTUKARAN LEADER
1. Permohonan pertukaran leader hanya akan diterima sekiranya AHLI MEXBLU mempunyai masalah seperti berikut:
a. Leader tidak aktif.
b. Leader abaikan pertanyaan atau sebarang permasalahan yang berkaitan dengan bisnes MAGIC BLUE.
c. Penipuan berkaitan pembelian di dalam sistem.
(Contoh : Leader guna ID sendiri untuk membuat pembelian kepada ejen bawah dan tidak membuat pemindahan Nilai Belian).
2. AHLI MEXBLU perlu memberikan bukti yang kukuh untuk meneruskan proses pertukaran leader.
3. AHLI MEXBLU boleh menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem HQ MAGIC BLUE di talian 011-65581255 untuk proses pertukaran leader.
L. PERKONGSIAN MAKLUMAT PERIBADI DENGAN PIHAK KETIGA
Perkongsian maklumat peribadi akan berlaku sekiranya dikehendaki oleh undang-undang atau apabila diperlukan untuk tujuan melakukan perkhidmatan berkaitan penggunaan Laman Web Sistem sahaja.
M. POLISI PROJEK BUBU
1. HQ MAGIC BLUE tidak membenarkan AHLI MEXBLU lain menawarkan keahlian kepada pekedai yang telah dimasuki oleh pengedar (ahli bubu).
2. HQ hanya memberi hak eksklusif kepada pengedar (ahli bubu) sahaja untuk menawarkan keahlian kepada pekedai yang terlibat dalam premis projek bubu.
3. Jika pemilik kedai berminat untuk menjadi AHLI MEXBLU, pemilik kedai perlu membuat pendaftaran melalui pengedar (ahli bubu) iaitu selaku pembekal tunggal produk kepada kedai tersebut.
4. Sekiranya terdapat AHLI MEXBLU lain yang bertindak menawarkan keahlian kepada pemilik kedai, AHLI MEXBLU tersebut akan dikenakan tindakan oleh HQ.
5. HQ akan bertindak melucutkan keahlian AHLI MEXBLU tersebut dengan kadar segera kerana telah melanggar peraturan jualan BUBU.
N. PERJANJIAN PEMATUHAN HARGA JUALAN SEMUA PRODUK JENAMA MEXBLU
AHLI MEXBLU Muslim:
Ikhlaskan niat jual produk MEXBLU ini kerana Allah Taala.
" Ya Allah, Tujuan aku berniaga MAGIC BLUE ini adalah untuk menambah pendapatan, berkatilah rezeki yang akan aku perolehi nanti. Ameen"
*Demi Allah, semua AHLI MEXBLU wajib mematuhi harga yang telah ditetapkan ini.
*Semoga perniagaan semua AHLI MEXBLU diberkati Allah selagi mana menjaga amanah ini.
Semua AHLI MEXBLU Muslim & Non-Muslim:
DIWAJIBKAN UNTUK MEMPAMER DAN MENJUAL MENGIKUT HARGA YANG DITETAPKAN OLEH HQ MAGIC BLUE SEPERTI BERIKUT:
HARGA AHLI
NATURAL DEODORANT : RM25
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM25
NATURAL POMADE : RM25
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM17
HABBATUSSAUDA : RM25
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM32
WILD APPLE : RM17
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : RM60
PURCHASE VALUE (PV)
NATURAL DEODORANT : 16.00PV
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : 16.00PV
NATURAL POMADE : 16.00PV
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : 8.00PV
HABBATUSSAUDA : 16.00PV
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : 20.00PV
WILD APPLE PERFUME : 8.00PV
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : 40.00PV
HARGA RUNCIT
•SEMENANJUNG
NATURAL DEODORANT : RM29
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM29
NATURAL POMADE : RM29
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM20
HABBATUSSAUDA : RM29
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM39
WILD APPLE PERFUME : RM20
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : RM69
•SABAH SARAWAK
NATURAL DEODORANT : RM36
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM36
NATURAL POMADE : RM36
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM25
HABBATUSSAUDA : RM35
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM45
WILD APPLE PERFUME : RM25
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : RM75
•SINGAPURA
NATURAL DEODORANT : $13
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : $13
NATURAL POMADE : $13
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : $10
HABBATUSSAUDA : $15
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : $23
WILD APPLE PERFUME : $10
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : $30
•BRUNEI
NATURAL DEODORANT : $15
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : $15
NATURAL POMADE : $15
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : $12
HABBATUSSAUDA : $18
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : $25
WILD APPLE PERFUME : $12
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : $33
O. PENGAKUAN AHLI MEXBLU
Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi syarikat yang termaktub di dalam perjanjian ini. Saya mengaku dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat dan sekiranya saya melanggar syarat, peraturan dan polisi syarikat, HQ berhak mengambil sebarang tindakan undang-undang yang dirasakan perlu serta melucutkan keahlian AHLI MEXBLU saya.