

POLISI AHLI MEXBLU
Bagi tujuan polisi ini, istilah-istilah berikut bermaksud:
a) ‘AHLI MEXBLU’ bermaksud ahli yang berdaftar secara sah bagi menjalankan aktiviti pemasaran serta penjualan produk-produk jenama MEXBLU.
b) ‘HQ’ bermaksud ibu pejabat bagi menjalankan operasi utama MAGIC BLUE.
c) ‘MEXBLU’ adalah jenama yang mewakili Syarikat MAGIC BLUE HOLDING SDN. BHD. serta sub jenama dan jenama-jenama yang bersekutu dengannya.
TERMA DAN SYARAT
A. PRINSIP POLISI
1. Pihak HQ berhak mendapatkan maklumat lengkap latar belakang semua AHLI MEXBLU melalui pengisian borang pendaftaran secara digital.
2. Semua AHLI MEXBLU dikehendaki berkelakuan jujur, beretika dan tidak terlibat dalam sebarang bentuk penipuan, penyampaian maklumat mengelirukan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada pihak lain.
3. Semua AHLI MEXBLU bertanggungjawab untuk memahami dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkaitan produk-produk di bawah jenama MEXBLU.
B. PERUBAHAN POLISI, TERMA DAN SYARAT
Pihak HQ berhak mengubah, meminda atau mengemaskini mana-mana polisi, terma dan syarat dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada AHLI MEXBLU melalui platform rasmi HQ MAGIC BLUE seperti saluran telegram MAGIC BLUE (https://t.me/+E86Yax0PCmw0ZWQ1), WhatsApp atau sistem MAGIC BLUE (https://biz.magicbluemalaysia.com/login/)
C. PENDAFTARAN AHLI
1. Yuran pendaftaran bagi AHLI MEXBLU berjumlah RM35 dan tidak akan dikembalikan.
D. PENGAKTIFAN AKAUN BEKU
1. Akaun AHLI MEXBLU akan autobeku sekiranya tiada pembelian melalui sistem dalam tempoh dua belas (12) bulan/ setahun daripada tarikh akhir pembelian di sistem.
2. AHLI MEXBLU disarankan untuk membuat pembelian secara terus di dalam sistem menggunakan ID sendiri daripada membuat pemindahan nilai belian bagi mengelakkan akaun beku.
3. Pembayaran bagi pengaktifan semula ID AHLI MEXBLU yang telah beku adalah RM35 sahaja.
4. Sila hubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem di talian 011-13127519 untuk urusan pengaktifan semula ID AHLI MEXBLU.
E. PERTUKARAN LEADER
1. Permohonan pertukaran leader hanya akan diterima sekiranya AHLI MEXBLU mempunyai masalah seperti berikut:
a. Leader tidak aktif.
b. Leader abaikan pertanyaan atau sebarang permasalahan yang berkaitan dengan bisnes MAGIC BLUE.
c. Penipuan berkaitan pembelian di dalam sistem (contoh : Leader guna ID sendiri untuk membuat pembelian kepada ejen bawah dan tidak membuat pemindahan Nilai Belian).
2. AHLI MEXBLU perlu memberikan bukti yang kukuh untuk meneruskan proses pertukaran leader.
3. AHLI MEXBLU boleh menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem HQ MAGIC BLUE di talian 011-13127519 untuk proses pertukaran leader.
F. PEMBELIAN, PENGHANTARAN DAN PERTUKARAN BARANG
1. Semua pembelian yang dibuat oleh AHLI MEXBLU adalah atas tanggungjawab sendiri. Pihak HQ tidak akan meluluskan sebarang penggantian atau bayaran balik akibat kecuaian AHLI MEXBLU.
2. Antara kategori kecuaian yang dimaksudkan termasuklah:
a) Pembelian pukal tanpa perancangan sehingga produk tamat tempoh.
b) Produk disimpan terlalu lama sehingga tamat tempoh sebelum aduan dibuat.
c) Produk rosak akibat bencana alam atau situasi yang telah diberi amaran oleh pihak HQ atau media massa (contoh: banjir, pendedahan kepada cahaya matahari, risiko kecurian akibat mendedahkan produk tanpa pengawasan dan lain-lain yang munasabah) sehingga mengakibatkan kerugian kepada AHLI MEXBLU.
d) Kesilapan membuat pesanan TIDAK akan diterima. Tiada bayaran balik, pertukaran produk, penambahan item selepas pembayaran atau penggabungan pesanan dibenarkan sekiranya berpunca daripada kecuaian AHLI MEXBLU.
3. AHLI MEXBLU dinasihatkan untuk menyemak dengan teliti jenis produk, kuantiti dan alamat penghantaran (penerima) sebelum membuat pembayaran bagi mengelakkan kerugian.
4. Pihak HQ hanya akan menggantikan produk sekiranya kesilapan berpunca daripada pihak HQ, kilang atau syarikat kurier sahaja.
Antara kesilapan yang layak dipertimbangkan tanpa prejudis adalah seperti berikut:
4.1) Produk yang diterima tidak sama seperti pesanan yang telah dibuat oleh AHLI MEXBLU:
a. Bilangan produk atau item yang diterima terlebih, tidak mencukupi atau tertukar.
i. Sekiranya produk atau item diterima terlebih, AHLI MEXBLU diberi pilihan untuk memulangkan semula produk kepada HQ (kos penghantaran ditanggung oleh HQ), atau menyimpan produk tersebut dan membuat bayaran melalui sistem.
ii. Sekiranya produk atau item diterima tidak mencukupi, AHLI MEXBLU boleh membuat tuntutan dengan pihak HQ.
iii. Sekiranya produk tertukar, AHLI MEXBLU diberi pilihan untuk membeli produk yang betul melalui sistem dalam sistem atau pos semula produk yang pihak HQ tersalah hantar dan membuat tuntutan semula bagi produk yang tidak diterima.
b. Kuantiti isi kandungan produk yang tidak sama.
c. Produk atau item yang diterima telah tamat tempoh.
d. Produk atau item mengalami kerosakan fizikal (contoh: kemek, bocor, rosak percetakan atau kecacatan pengilangan).
Sebarang masalah diatas hendaklah dimaklumkan kepada bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi HQ di talian 011-10213883 dalam tempoh tiga (3) hari bekerja (tidak termasuk hari cuti) selepas produk diterima. Aduan mestilah disertakan dengan bukti kerosakan atau masalah produk dalam bentuk gambar dan video semasa proses unboxing, gambar slip pos, serta nombor pesanan.
Video semasa proses unboxing adalah WAJIB. Sekiranya tiada video tersebut, pihak HQ tidak akan melayan sebarang tuntutan.
4.2) Produk atau item yang masuk angin.
a. Produk yang didapati masuk angin sebaik sahaja dibuka layak untuk penggantian.
b. Tempoh yang dibenarkan untuk membuat tuntutan pemulangan atau penggantian produk atau item yang masuk angin adalah TIDAK melebihi 5 bulan dari tarikh pembelian atau tarikh pesanan dibuat.
c. AHLI MEXBLU perlu hubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi HQ di talian 011-10213883/ 01110065719 bagi tujuan tuntutan. Aduan mestilah disertakan dengan gambar dan video produk, tarikh tamat tempoh dan nombor pesanan dalam sistem.
d. AHLI MEXBLU perlu pos semula produk yang masuk angin tersebut dan kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak HQ.
4.3) Sekiranya pembelian telah melebihi tempoh seperti yang dinyatakan di atas, pihak HQ berhak untuk menolak tuntutan tersebut.
4.4) AHLI MEXBLU hanya boleh tuntut bagi pembelian yang dibuat secara langsung dengan HQ sahaja. HQ tidak akan mengganti semula mana-mana produk rosak yang dibeli sesama AHLI MEXBLU.
5. Sekiranya AHLI MEXBLU tidak menerima produk dalam tempoh tujuh (7) hari (Semenanjung) dan lima belas (15) hari (Sabah Sarawak) selepas tarikh pengeposan, segera maklumkan kepada bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Operasi di talian 011-10213883.
6. Bagi AHLI MEXBLU yang memerlukan penghantaran pesanan terus ke rumah bagi kawasan berdekatan HQ, caj penghantaran kepada runner Syarikat adalah mengikut jarak HQ kepada alamat penerima seperti berikut:
0.1 km – 10.0 km : RM 5.00
10.1 km – 15.0 km : RM 7.00
15.1 km – 25.0 km : RM 10.00
Bagi jarak yang melebihi 25 km, AHLI MEXBLU perlu menggunakan penghantaran melalui kurier (Poslaju atau J&T).
7. Pembelian produk hanya diterima melalui sistem sahaja (online banking).
8. Jika berlaku sebarang masalah semasa pembayaran, AHLI MEXBLU perlu segera menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem di talian 011-13127519/ 011-10065719.
9. AHLI MEXBLU tidak dibenarkan menggabungkan beberapa pesanan dalam satu penghantaran. Pihak HQ hanya akan memproses penghantaran berdasarkan slip pesanan yang dikeluarkan.
10. Sebarang bungkusan yang dipulangkan ke HQ akibat kesilapan AHLI MEXBLU akan dikenakan caj penghantaran semula yang perlu ditanggung oleh AHLI MEXBLU.
11. Sekiranya AHLI MEXBLU gagal memberikan maklum balas bagi tujuan penghantaran semula dalam tempoh tiga (3) bulan (dari tarikh bungkusan sampai di HQ), produk tersebut akan dimasukkan semula ke dalam sistem.
G. PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN.
1. AHLI MEXBLU dibenarkan memasar produk pada mana-mana platform.
2. AHLI MEXBLU atau wakil jualan wajib mematuhi harga jualan runcit yang ditetapkan oleh HQ. Sekiranya AHLI MEXBLU atau wakil jualan didapati melanggar syarat pematuhan harga, HQ akan mengambil tindakan melucutkan keahlian AHLI MEXBLU / wakil jualan tersebut dan tindakan undang-undang akan dikenakan.
H. DISIPLIN DAN SALAH LAKU
1. Semua AHLI MEXBLU perlu menjaga nama baik produk di bawah Syarikat MAGIC BLUE dan sentiasa memberi bantuan kepada pelanggan tentang cara penggunaan produk dengan betul tanpa merosakkan nama baik produk.
2. AHLI MEXBLU juga tidak dibenarkan overclaim khasiat produk MEXBLU.
3. AHLI MEXBLU dilarang mencipta testimoni palsu.
4. AHLI MEXBLU dilarang menggunakan (nama/ perkataan) HQ dan OFFICIAL di semua media sosial peribadi, page atau website.
5. AHLI MEXBLU perlu memastikan sebarang iklan yang digunakan perlu menutup aurat.
I. INSENTIF
1. Semua insentif bergantung kepada pencapaian jualan dan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak HQ.
2. Pihak HQ berhak meminda, mengubah, menukar atau menamatkan insentif ini pada bila-bila masa.
3. Pihak HQ akan membatalkan insentif bagi AHLI MEXBLU yang melanggar atau disyaki melanggar perjanjian atau terma dan syarat yang telah ditetapkan.
4. Bagi insentif yang perlu dituntut tetapi tidak dituntut dalam tempoh yang diberikan, insentif tersebut dikira terbatal dan tidak akan diberi kepada AHLI MEXBLU.
5. Antara insentif yang disediakan oleh HQ adalah :
1) BONUS
a. Syarat minimum untuk mendapatkan bonus, AHLI MEXBLU perlu mencapai :
Belian Individu : 20PV
b. HQ akan membuat pembayaran bonus bermula dari 7hb sehingga selesai pembayaran sampai akhir bulan.
c. Bagi mengelakkan masalah bonus tidak masuk, AHLI MEXBLU perlu memastikan penama akaun bank dan nama penuh dalam maklumat peribadi di dalam sistem adalah sama.
d. Jika penama akaun bank tidak sama dengan kad pengenalan yang didaftarkan dalam sistem atau mengalami sebarang masalah berkaitan, boleh segera menghubungi bahagian Hotline Akauntan di talian 011-65573255.
e. Sekiranya AHLI MEXBLU tidak menerima bonus dalam tempoh satu (1) bulan selepas bulan pembayaran, sila hubungi bahagian Hotline Akauntan di talian 011-65573255.
f. Bonus yang tidak dituntut dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kelayakan, sama ada disebabkan kegagalan mengemas kini maklumat atau kecuaian AHLI MEXBLU, akan dianggap terbatal dengan serta-merta tanpa sebarang notis lanjut.
g. Bonus akan terbatal dalam tempoh empat belas (14) hari sekiranya pihak akauntan tidak menerima sebarang maklum balas daripada AHLI MEXBLU selepas permintaan pengemaskinian maklumat dibuat.
2) KHAIRAT KEMATIAN
a. Jumlah insentif bagi khairat kematian adalah sebanyak RM500.
b. Rekod pembelian AHLI MEXBLU perlu aktif sekurang-kurangnya dalam tempoh lima bulan sebelum tarikh kematian.
c. Leader perlu menghubungi waris bagi membolehkan pihak waris membuat tuntutan insentif ini melalui HQ.
d. Bagi mendapatkan insentif ini, pihak HQ hanya menerima nombor akaun dari pasangan, ibu bapa atau anak AHLI MEXBLU tersebut sahaja dan perlu sertakan salinan sijil kematian sebagai bukti.
e. Waris hanya boleh membuat tuntutan dalam tempoh sebulan selepas tarikh kematian.
f. Waris boleh menghubungi bahagian Hotline Khidmat Pelanggan Sistem HQ MAGIC BLUE di talian 011-13127519 untuk mendapatkan insentif ini.
3) BAUCAR HARI LAHIR
a. AHLI MEXBLU layak menuntut Baucar Hari Lahir pada mana-mana tarikh dalam bulan kelahiran sahaja.
b. Baucar Hari Lahir hanya sah digunakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh tuntutan Baucar Hari Lahir dibuat.
c. Baucar Hari Lahir bernilai RM20 akan ditolak secara automatik daripada jumlah pembelian minimum RM100 dan ke atas dalam satu (1) resit transaksi.
d. Tuntutan Baucar Hari Lahir hendaklah dibuat dengan menghubungi Hotline Khidmat Pelanggan Operasi HQ di talian 011-1021 3883 dan sila sertakan nama, nombor ID AHLI MEXBLU, tarikh lahir dan pengesahan sama ada tuntutan adalah untuk diri sendiri atau ahli bawah.
J. MEMBEKAL KEPADA AHLI MEXBLU ATAU WAKIL YANG TIDAK SAH
1. Kos penghantaran produk perlu ditanggung oleh AHLI MEXBLU sendiri.
2. AHLI MEXBLU yang membekalkan produk MEXBLU kepada mana-mana AHLI MEXBLU lain / wakil jualan, wajib memastikan pihak tersebut mematuhi harga jualan runcit yang telah ditetapkan oleh HQ. Sekiranya didapati main harga, ID AHLI MEXBLU yang membekalkan produk tersebut akan dilucutkan.
K. PELUCUTAN SEBAGAI AHLI MEXBLU
1. Sekiranya berlaku pelucutan status AHLI MEXBLU, pihak pengurusan TIDAK akan membeli semula semua produk dalam simpanan, sebaliknya pihak AHLI MEXBLU perlu bertanggungjawab atas produk atau barangan tersebut.
2. HQ berhak untuk menamatkan keahlian AHLI MEXBLU yang melanggar mana-mana terma dan syarat yang ditetapkan.
3. Sekiranya AHLI MEXBLU dilucutkan keahlian, secara langsung bonus atau mana-mana insentif lain juga terbatal.
L. PERKONGSIAN MAKLUMAT PERIBADI DENGAN PIHAK KETIGA
Perkongsian maklumat peribadi akan berlaku sekiranya dikehendaki oleh undang-undang atau apabila diperlukan untuk tujuan melakukan perkhidmatan berkaitan penggunaan Laman Web Sistem sahaja.
M. PERJANJIAN PEMATUHAN HARGA JUALAN SEMUA PRODUK MEXBLU DAN SEMUA PRODUK LAIN DALAM SISTEM MEXBLU
Semua AHLI MEXBLU tidak dibenarkan menjual di bawah harga runcit yang ditetapkan seperti di bawah:
HARGA RUNCIT
•SEMENANJUNG
NATURAL DEODORANT : RM33
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM33
NATURAL POMADE : RM33
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM20
HABBATUSSAUDA : RM33
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM39
PERFUME : RM20
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : RM69
MINYAK URAT SENDI : RM49
•SABAH SARAWAK
NATURAL DEODORANT : RM39
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : RM39
NATURAL POMADE : RM39
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : RM25
HABBATUSSAUDA : RM39
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : RM45
PERFUME : RM25
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : RM75
MINYAK URAT SENDI : RM56
•SINGAPURA
NATURAL DEODORANT : $15
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : $15
NATURAL POMADE : $15
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : $10
HABBATUSSAUDA : $15
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : $23
PERFUME : $10
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : $30
MINYAK URAT SENDI : $25
•BRUNEI
NATURAL DEODORANT : $18
SHOWER GEL BIDARA & ROSE : $18
NATURAL POMADE : $18
MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI : $12
HABBATUSSAUDA : $18
KOPI KUNYIT HITAM HALIA : $25
PERFUME : $12
ALHAMDU MADU HABBATUSSAUDA : $33
MINYAK URAT SENDI : $27
N. PENGAKUAN AHLI MEXBLU
Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi syarikat yang termaktub di dalam perjanjian ini. Saya mengaku dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat dan sekiranya saya melanggar syarat, peraturan dan polisi syarikat, HQ berhak mengambil sebarang tindakan undang-undang yang dirasakan perlu serta melucutkan keahlian AHLI MEXBLU saya.